Friday, March 20, 2009

Isu Ke-Tiga (Keluaran Mac-April '09)


Isu ke-tiga telah pun berada dipasaran untuk bulan Mac-April '09. Dengan ketebalan lebih kurang 70 mukasurat, GE kali ini memaparkan alternatif yang boleh mambantu kita menjimatkan perbelanjaan dimasa-masa kemeruduman ekonomi kini dan dimasa yang sama menyelamatkan alam sekitar iaitu Great Bio-Fuel Enhancher. Artikel "must-read" yang mesti anda baca di ruangan Artikel Terpilih.

Di masa yang sama, artikel "UMNO diambang peralihan kuasa sempena Perhimpunan Agong ke-59" menjadi pembuka tirai majalah GE. Cerita usahawan berjaya, termasuklah Amy Search menjadi pilihan kami untuk keluaran kali ini.

Diharap anda semua akan mendapat manfaat dari informasi yang kami kongsi. Dan dapatkan segera majalah keluaran kali ini di kedai-kedai buku utama di semenanjung, Sabah, Sarawak serta Brunei!

Thursday, January 8, 2009

Tips Kejayaan

*Jika anda mempunyai pengalaman dalam bidang keusahawanan ini serta mahu berkongsi tips kejayaan anda, sila e-mailkan kepada kami di greatevo.mag@gmail.com.

Artikel Terpilih - GREAT BFE



Dewasa ini, setiap negara yang ingin maju sememangnya memerlukan sumber tenaga yang mencukupi. Walaubagaimanapun, pembangunan pesat ini akan membawa beberapa isu utama seperti masalah pencemaran, masalah kesihatan dan yang terbaru ini masalah krisis harga minya yang meningkat tinggi! Justeru itu, lahirlah satu produk yang luarbiasa hebat yang boleh membantu menangani masalah-masalah yang telah diutarakan di atas tadi, iaitu produk GREAT BFE.

Sejarah asal Produk.

Pengalaman bekerja di Caltex Oil Malaysia Limited sebagai Eksekutif Pemasaran pada tahun 1993, telah memberi ilham kepada Dato’ Elias Omar (Presiden KODANA Bhd) untuk mengeluar dan memasarkan Great BFE (Bio-Fuel Enhancer), produk Bio Teknologi organik yang mesra alam serta memberi penjimatan kepada penggunaan petrol dan diesel.

Dengan ini, Dato’ Elias berazam untuk menjadi salah seorang dari pembekal utama ‘Bio-Fuel Enhancer’. Kajian yang telah dilakukan lebih dari 15 tahun telah pun dapat menembus pasaran antarabangsa 3 tahun yang lalu melalui MaxisGold Sdn. Bhd., di bawah Great Group of Companies. Pada mulanya dulu, produk ini dipasarkan melalui Great Access Sdn. Bhd. yang ditubuhkan oleh Dato’ Elias bersama isterinya, Datin Nurul ‘Aina Laham.

Menurut Dato’ Elias, MaxisGold ditubuhkan adalah bertujuan untuk membolehkan produk ini masuk ke pasaran global sementara Great Access Sdn Bhd yang 100% Bumiputra adalah lebih kepada kepentingan pasaran tempatan.

MaxisGold Sdn. Bhd.

Oleh kerana Andrew Cheong pada masa itu amat berminat dengan produk ini serta bijak pula mengembangkan pengaruh produk ini ke peringkat antarabangsa khususnya di China, lalu beliau melantik Andrew sebagai rakan kongsi dan pengarah eksekutif sepenuh masa di MaxisGold dan Dato’ Elias sendiri sebagai Pengerusi Eksekutif serta Datin Nurul ‘Aina sebagai Ahli Lembaga Pengarah. Kini kerana sibuk dengan tugas-tugas khas sebagai Presiden KODANA Bhd, Dato’ Elias telah memberi sepenuh kepercayaan kepada Andrew untuk menerajui MaxisGold dalam melaksanakan perancangan dan strategi yang telah diputuskan oleh ALP bagi meningkatkan lagi produktiviti ini di peringkat global.
Melalui usaha gigih yang dilakukan, akhirnya kami berjaya mencipta beberapa formula untuk meningkatkan lagi keupayaan produk ini. Dari satu jenis menjadi empat jenis termasuklah mencipta produk khusus untuk musim sejuk ‘Winter Formula’ bagi negara-negara Eropah dan Jepun.

Justeru itu, Great Group of companies telah melantik KODANA Berhad sebagai Pusat Pengedar Utama untuk memasarkan produk di pasaran global dan lokal.

Menurut Dato’ Elias, produk ini memang hebat kerana kalau dulu nisbahnya dari 1:400 tetapi sekarang melalui R&D yang intensif dengan jayanya kami telah meningkatkan nisbah kepada 1:800 dan terkini nisbahnya adalah 1:1000 (1 liter Bio-Fuel Enhancer dicampurkan kepada 1000 liter petrol atau diesel) dan ianya boleh menjimatkan penggunaan minyak sebanyak 20% sehingga ke 40% bergantung kepada cara penggunaannya. Melalui kehebatan dan keberkesanannya produk ini, sambutan yang diterima terutama dari luar negara amat memberansangkan antaranya dari Jepun, China, Holland, negara-negara Eropah dan beberapa buah negara Timur Tengah.

Winter Formula

Menurut Dato’ Elias, kejayaan produk ini adalah atas kerjasama semua pihak yang begitu gigih berusaha agar produk ini berjaya. Walaupun dirinya sebagai pelopor kepada terciptanya produk ini namun katanya melalui kepakaran Andrew dan kumpulan R&D telah meningkatkan lagi produk ini sehingga terciptanya ‘Winter Formula’ yang membolehkan produk ini digunakan di negara-negara musim sejuk.

Beliau juga melahirkan penghargaan kepada Dato’ Hamzah dan Kapten Muzaffar Shah yang telah berjaya meluaskan pasaran produk ini ke Jepun serta Dr Fathi dan Haji Habin Faisal yang telah meluaskan pasaran produk ini ke Holland. Kesemua ini, adalah kerana ‘team network’ yang kuat dan hebat hingga membolehkan produk Great BFE ini berada di pasaran global.

Bagi perancangan masa kini, menurut Dato’ Elias, KODANA akan meluaskan lagi pasaran dalam dan luar negara kerana waktu ini lebih sesuai dan produk ini lebih diterima oleh masyarakat sekarang berbanding dengan masa dahulu. Mana-mana syarikat, kilang, pihak swasta atau individu yang menggunakan minyak samada petrol atau diesel memang perlu menimbangkan penggunaan Bio-Fuel Enhancer untuk penjimatan kos serta meningkatkan produktiviti syarikat mereka.

Tambah beliau, produk Great BFE memang telah mendapat surat pengiktirafan kualiti seperti EPA, TUV, TNO, SGS dan SIRIM. Dengan kehebatan serta kualiti Great BFE ini, kami telah berjaya menembusi pasaran global seperti di Jepun dan negara-negara Eropah.

Kodana dan Maxisgold telah melahirkan keyakinan yang tinggi ke atas produk BFE musim sejuk ini yang pasti akan mendapat sambutan hangat khususnya dari negara-negara yang beriklim sejuk .

Buat masa ini, pengeluaran berdasarkan kepada permintaan, bekalan sebanyak 10 hingga 100 kontena sebulan tidak menjadi masalah. Dan pada masa kini juga pihaknya juga sudah buat perancangan teliti untuk mensasarkan jualan 500 hingga 1,000 kontena sebulan, Insyaallah.

Walaupun produk ini mendapat sambutan yang baik di luar negara, perancangan tetap dilakukan agar produk ini mendapat sambutan baik di dalam negara agar ianya menjadi satu produk terkini paling hebat untuk KODANA Bhd supaya ganjarannya dapat diagih-agihkan kepada semua pemegang saham KODANA Bhd.

Oleh itu kata beliau, sesiapa yang berminat untuk menjadi pengedar atau menjual produk hebat ini bolehlah datang ke KODANA Bhd dengan modal serendah RM3,000. KODANA Bhd sentiasa mengalu-ngalukan sesiapa sahaja yang mahu menjadi usahawan dan itulah visi dan misi utama penubuhan KODANA Bhd.

Bagi menjelaskan lagi tentang kehebatan produk Great Bio-Fuel Enhancer ini, GE telah mewawancara Master Andrew Cheong Siong Choe, CEO MaxisGold juga pencipta ‘Winter Formula’ supaya produk ini dapat digunakan di negara-negara Eropah pada musim sejuk.

Bila produk ini diperkenalkan?
Produk Great Bio-Fuel Enhancer sudah mula diperkenalkan sejak lima tahun yang lalu tetapi baru dikomersialkan selama tiga tahun kebelakangan ini. Pada awal diperkenalkan produk ini, harga minyak agak rendah dan ianya belum sesuai digunakan. Sekarang apabila harga minyak telah mendadak naik, produk ini mula diminati di samping ianya mesra alam dan selamat penggunaannya.

Di Malaysia, penggunaannya lebih kepada penjimatan guna minyak tetapi di Eropah mereka lebih mementingkan penjagaan alam sekitar serta tidak menjejaskan alam semulajadi.

Apa tujuan sebenar dicipta produk hebat BFE ini?
Tujuan kami mencipta Great Bio-Fuel Enhancer adalah sebagai alternatif kepada additive yang berasaskan kimia, kepada bahan berasaskan organik yang menjimatkan kos penggunaan minyak di samping membantu kelinciran enjin dan yang paling utama sekali ianya untuk mengurangkan faktor pencemaran alam sekitar.

Bagaimana dengan sambutan di luar negara?
Mula-mula produk ini diperkenalkan di pasaran Malaysia sahaja namun melihat kepada potensi produk Great BFE di pasaran global, amat memberangsangkan! Justeru itu, kami kembangkan pasaran ini ke luar negara dan telah mendapat sambutan di negara-negara seperti China, Indonesia, Jepun, Eropah dan Amerika Syarikat. Mereka memberi komitmen yang tinggi terhadap produk ini.

Perancangan untuk meluaskan pasaran di China dan Indonesia sedang giat dijalankan, di Jepun pula, produk ini telah berada dalam pasaran selama enam bulan. Di Amerika, pasaran telah mula bertapak dan telahpun mendapat surat kebenaran daripada negara tersebut iaitu dari Environment Protection Agency (EPA) di Kentucky, Amerika Syarikat. Kami juga telah melantik pengedar utama di Jepun, dan Holland yang menakluki pasaran Eropah.

Apakah kelebihan produk Great BFE ini dibandingkan dengan produk-produk yang ada di pasaran sekarang?
Kelebihan-kelebihannya adalah seperti berikut:

1. Paling utama, penggunaan produk ini boleh menjimatkan penggunaan minyak petrol atau diesel.
2. Ianya boleh merendahkan kos penyelenggaraan kereta ataupun enjin.
3. Penggunaannya tidak menjejas- kan alam sekitar.

4. Kami juga telah mencipta ‘Great Bio-fuel Enhancer Winter Formula’ khusus bagi negara-negara Eropah yang beriklim sejuk. Kami telah berjaya mencipta produk yang tahap bekunya sehingga ke suhu -20 darjah Celcius di bawah paras beku.

Produk ini dibuat daripada apa?
Bahan minyak organik dan ‘Vegetable Easter’, 100% keluaran tempatan.
Apakah ianya tidak ada campuran dari bahan kimia?

Ya, kami menggunakan 100% bahan organik dan tidak ada campuran bahan kimia serta selamat digunakan.

Bagaimana dari segi proses pengeluaran?
Keseluruhan proses pengeluaran ini dilakukan oleh syarikat kami sendiri, MaxisGold Sdn. Bhd.

Apa peranan KODANA Bhd dalam hal ini?
KODANA Bhd sebagai Pusat Pengedar Utama (Main Centre Distributor) bagi produk ini tetapi semua proses penyelenggaraan produk ini adalah dilaksanakan oleh MaxisGold Sdn. Bhd.

Bagaimana dengan pasaran di negara Jepun?
Di negara Jepun sekarang ini, promosi besar-besaran sedang berlangsung dan produk ini sudahpun masuk ke sektor pertanian, kenderaan- kenderaan dan yang terbaru mereka sedang menguji guna penggunaannya di kapal marine. Kejayaannya itu akan menjadi satu perkembangan yang sihat bagi produk Great BFE ini.

Saya difahamkan produk Great BFE ini lebih daripada satu, boleh saudara Andrew terangkan satu persatu?
Sebenarnya Great Bio-Fuel Enhancer ini ada empat jenis. Pertama, yang berwarna hijau dikeluarkan untuk pasaran runcit lebih kepada kegunaan kereta (minyak petrol/diesel). Kedua, yang berwarna kuning, untuk industri perkilangan (diesel). Ketiga, Great Bio-Fuel Enhancer Winter Formula, warnanya oren kekuningan. Minyak ini khusus untuk negara-negara musim sejuk sahaja. Ia boleh bertahan sehingga -20 darjah Celcius dan kosnya agak tinggi sedikit kerana banyak proses yang terpaksa dilakukan. Minyak keempat belum dilancarkan lagi, ianya untuk kegunaan kapal marine. Warnanya seperti merah atau merah jambu. Ini adalah produk terbaru dan besar kemungkinan akan dilancarkan pada awal tahun hadapan.

Bagaimana dengan penerimaan pihak pengguna terhadap produk Great BFE ini?
Setakat ini penerimaannya amat menggalakkan, 99% daripada pengguna mengatakan produk ini amat baik dan memang boleh mengurangkan kos penggunaan minyak petrol ataupun diesel, disamping meningkatkan prestasi enjin.
Apakah perancangan bagi meningkatkan lagi penggunaan produk Great BFE yang hebat ini?
Produk ini memang mendapat sambutan dan boleh pergi lebih jauh lagi di pasaran tempatan dan pasaran global.

Produk kami besar kemungkinan akan lebih dikenali kerana telah keluar dalam majalah Ship Monitor. Manakala majalah ‘Top World’ yang seakan Yellow Pages yang diedarkan keseluruh dunia berkaitan dengan industri perkapalan akan mengeluarkan satu artikel berkaitan dengan produk Great Bio-Fuel Enhancer edisi Malaysia.

Dan bagi pasaran tempatan, kami akan membuat pelancaran produk ini untuk pasaran runcit atau ‘retail market’ secara besar-besaran awal tahun 2009. Pihak kami juga sudah berbincang dengan Alex Yoong pelumba dari A1 Grand Prix (A1 GP) Malaysia untuk buat penajaan menggunakan produk ini di litar lumba nanti.

Selain dari itu, kami juga telah mengadakan perbincangan untuk membantu aktiviti-aktiviti beberapa pihak NGO di Malaysia. Kami juga akan buat Kempen Kitar Semula untuk produk ini. Mana-mana mereka yang memulangkan semula botol produk ini untuk satu kotak, kami akan beri lebihan satu atau dua produk ini sekiranya mereka membeli lagi. Pihak kami merancang melalui team pemasaran akan mengadakan ‘road show’ seluruh Malaysia bagi memperkenalkan lagi produk Great BFE yang hebat ini kepada seluruh masyarakat dan pengguna di Malaysia ini.

Harapan saudara Andrew terhadap produk ‘hebat’ ini?
Kami berharap ramai orang akan menggunakan produk Great BFE ini sebab melalui produk yang hebat ini ianya akan dapat membantu menjimatkan kos penggunaan minyak petrol ataupun diesel yang semakin tinggi dewasa ini. Selain dari itu penggunaannya juga boleh membantu mengelakkan pencemaran alam sekitar dan secara tidak langsung kami dapat mendidik orang ramai supaya menjaga alam sekitar.

Kami juga berharap, orang ramai tidak akan mensia-siakan produk hebat ini dan sekiranya berminat untuk menjadi pengedar atau penjual, mereka boleh datang terus ke KODANA Bhd untuk perbincangan lanjut. Pihak kami sentiasa bersedia membantu meningkatkan produktiviti pendapatan mereka.

Satu lagi harapan kami agar produk ini akan terus mendapat sambutan di pasaran tempatan mahupun di pasaran global. Untuk mendapat maklumat lanjut tentang Great Bio-Fuel Enhancer ini, sila layari www.kodanaglobal.com atau www.maxisgold.com .

Artikel Terpilih - Dato' Stapa Pengasas DCL



Pengalaman selama 14 tahun dalam bidang Multi-Level Marketing, banyak mengajar Datuk Stapa Haji ‘ Omar tentang erti kegagalan, kegigihan, kesabaran, dan kekuatan minda untuk mencapai sesuatu kejayaan. Melalui pengalaman itu beliau terus berusaha tanpa erti jemu.

Akhirnya semangat yang menggunung itu berjaya dilaksanakan melalui penubuhan De Classic Life (M) Sdn Bhd atau lebih dikenali dengan panggilan DCL yang mana motto utamanya adalah ‘Satu Wadah Perjuangan, Lebih Adil, Lebih Sukses’.

Selepas 11 tahun ditubuhkan, Syarikat DCL bukan sahaja berjaya mencipta ramai jutawan MLM di kalangan Bumiputera malahan telah berjaya menubuhkan 18 buah syarikat lagi di bawahnya serta telah berjaya meluaskan pengaruh DCL di enam buah negara selain Malaysia. Satu pencapaian yang sungguh membanggakan.

Melihat kepada kejayaan yang dicapai, Datuk Stapa sudah boleh bersara dalam perniagaan ini tetapi disebabkan beliau ada perjuangan yang besar untuk bangsa, agama dan negara melalui MLM ini, beliau akan terus melakukannya sehingga menjadi realiti. Bagi mengetahui bagaimana Datuk Stapa Omar, Pengasas 1 merangkap Pengerusi Eksekutif DCL merealisasikan perjuangannya, kita ikuti wawancara beliau bersama wartawan GE.

GE: Latar belakang dan kaitan Datuk dengan Multi–Level Marketing hingga boleh menubuhkan DCL?

Datuk Stapa: Latar belakang saya sendiri memang tidak lari daripada bisnes MLM. Ini adalah tahun ke 25 terbabit dalam industri MLM. Sebelum buka DCL, saya telah berkecimpung dalam bidang ini secara mendalam selama 14 tahun. Bermula dari bawah hinggalah ke peringkat paling atas di beberapa buah syarikat MLM. Berpengalaman juga dalam perniagaan ‘trading’, buka mini market, sebagai kontraktor dan restoran. Selepas tahun ke 14 saya rasa terpanggil untuk wujudkan syarikat MLM saya sendiri kerana saya melihat beberapa perkara.

PERTAMA keadilan yang perlu saya beri kepada khalayak kerana melalui pengalaman keadilan yang diberi tidak menyeluruh kepada pengedar.
KEDUA keadilan bagi melahirkan produk yang halal kerana saya lihat kuasa beli di Malaysia ini adalah orang Islam dan bagi orang Islam menggunakan produk yang halal itu adalah wajib. KETIGA bagi mewujudkan satu perniagaan MLM dan dalam masa yang sama boleh memartabatkan bangsa, agama dan negara.

Inilah perjuangan yang saya perlu lakukan. Saya sedar selama terbabit dalam perniagaan ini khususnya sebagai pembina usahawan-usahawan dalam MLM, saya nampak macam sesuatu yang tidak kena antara krisis ketidak percayaan kepada bangsa Melayu oleh bangsa Melayu sendiri terutama melalui syarikat MLM. Perkara ini yang membuatkan saya begitu terpanggil untuk mengubah stigma ini melalui syarikat MLM sendiri.

Selain itu saya mahu menjadi satu contoh. Kalau orang lain boleh lakukan kenapa saya, orang Melayu tidak boleh. Alhamdulillah hari ini satu demi satu syarikat MLM kepunyaan orang Melayu muncul setelah melihat kejayaan yang dicapai oleh DCL yang seratus peratus kepunyaan Bumiputera, saya dan isteri malahan kami berjaya membina 18 anak syarikat lagi di bawah DCL.

GE: Apa rancangan Datuk dalam perniagaan MLM ini khususnya dengan DCL?

Datuk Stapa: Saya akan sebut ‘World is our destiny’. Dunia adalah matlamat saya. Saya sangat teruja, yakin dan benar-benar serius mahu membawa DCL ke seluruh dunia. Sebelas tahun lepas saya telah rancang, 3 fasa. Setiap fasa lima tahun. Sekarang fasa 3, saya mahu luaskan DCL ke pasaran global.

Tahun 2009, sekurang-kurangnya saya mahu masuk ke 7 atau 8 buah negara luar. Pun begitu saya tidak sesekali membiarkan pasaran domestik kerana ia umpama rebung dan akar. Buluh adalah negara global. Oleh itu saya akan terus memperkasakan pasaran domestik kerana saya mahu letakkan DCL antara yang terbaik di pasaran domestik. Bagi saya ini adalah perjuanga bangsa, agama dan negara.

GE: Apa nasihat Datuk kepada ahli dan mereka yang belum lagi menjadi ahli DCL?

Datuk Stapa: Dekatilah DCL, lihat dengan mata hati secara menyeluruh bukan hanya lihat atas dasar duit sebab bagi saya kalau fikir duit sahaja, kita akan miskin. Sebagai khalifah kita perlu memberi sumbangan kepada bangsa. Di DCL ini kita bukan hanya berniaga untuk mendapatkan duit semata. Maka itu kita wujudkan Yayasan DCL untuk tujuan kebajikan dan agama di mana duitnya diperolehi daripada Tabung Jihad DCL sebanyak 0.25 peratus. Kita juga ada menubuhkan Tabung Khairat Kematian, untuk kebajikan pejuang DCL dan Koperasi DCL Berhad untuk memperkasakan pendapatan bagi jangka masa panjang.

Sebagai orang Islam kita kena menang dunia dan menang akhirat. Di DCL, mekanisme perjuangan, sistem yang kita wujudkan, misi kita semuanya ke arah menang dunia, menang akhirat. Tiada apa yang boleh saya sumbangkan untuk bangsa, agama dan negara saya selain cara ini. Oleh itu marilah kita perkembangkan melalui satu sistem yang telah kita buktikan, marilah kita jadikan ianya satu realiti untuk kita sumbangkan kepada bangsa, agama dan negara.