Thursday, January 8, 2009

Artikel Terpilih - Dato' Stapa Pengasas DCL



Pengalaman selama 14 tahun dalam bidang Multi-Level Marketing, banyak mengajar Datuk Stapa Haji ‘ Omar tentang erti kegagalan, kegigihan, kesabaran, dan kekuatan minda untuk mencapai sesuatu kejayaan. Melalui pengalaman itu beliau terus berusaha tanpa erti jemu.

Akhirnya semangat yang menggunung itu berjaya dilaksanakan melalui penubuhan De Classic Life (M) Sdn Bhd atau lebih dikenali dengan panggilan DCL yang mana motto utamanya adalah ‘Satu Wadah Perjuangan, Lebih Adil, Lebih Sukses’.

Selepas 11 tahun ditubuhkan, Syarikat DCL bukan sahaja berjaya mencipta ramai jutawan MLM di kalangan Bumiputera malahan telah berjaya menubuhkan 18 buah syarikat lagi di bawahnya serta telah berjaya meluaskan pengaruh DCL di enam buah negara selain Malaysia. Satu pencapaian yang sungguh membanggakan.

Melihat kepada kejayaan yang dicapai, Datuk Stapa sudah boleh bersara dalam perniagaan ini tetapi disebabkan beliau ada perjuangan yang besar untuk bangsa, agama dan negara melalui MLM ini, beliau akan terus melakukannya sehingga menjadi realiti. Bagi mengetahui bagaimana Datuk Stapa Omar, Pengasas 1 merangkap Pengerusi Eksekutif DCL merealisasikan perjuangannya, kita ikuti wawancara beliau bersama wartawan GE.

GE: Latar belakang dan kaitan Datuk dengan Multi–Level Marketing hingga boleh menubuhkan DCL?

Datuk Stapa: Latar belakang saya sendiri memang tidak lari daripada bisnes MLM. Ini adalah tahun ke 25 terbabit dalam industri MLM. Sebelum buka DCL, saya telah berkecimpung dalam bidang ini secara mendalam selama 14 tahun. Bermula dari bawah hinggalah ke peringkat paling atas di beberapa buah syarikat MLM. Berpengalaman juga dalam perniagaan ‘trading’, buka mini market, sebagai kontraktor dan restoran. Selepas tahun ke 14 saya rasa terpanggil untuk wujudkan syarikat MLM saya sendiri kerana saya melihat beberapa perkara.

PERTAMA keadilan yang perlu saya beri kepada khalayak kerana melalui pengalaman keadilan yang diberi tidak menyeluruh kepada pengedar.
KEDUA keadilan bagi melahirkan produk yang halal kerana saya lihat kuasa beli di Malaysia ini adalah orang Islam dan bagi orang Islam menggunakan produk yang halal itu adalah wajib. KETIGA bagi mewujudkan satu perniagaan MLM dan dalam masa yang sama boleh memartabatkan bangsa, agama dan negara.

Inilah perjuangan yang saya perlu lakukan. Saya sedar selama terbabit dalam perniagaan ini khususnya sebagai pembina usahawan-usahawan dalam MLM, saya nampak macam sesuatu yang tidak kena antara krisis ketidak percayaan kepada bangsa Melayu oleh bangsa Melayu sendiri terutama melalui syarikat MLM. Perkara ini yang membuatkan saya begitu terpanggil untuk mengubah stigma ini melalui syarikat MLM sendiri.

Selain itu saya mahu menjadi satu contoh. Kalau orang lain boleh lakukan kenapa saya, orang Melayu tidak boleh. Alhamdulillah hari ini satu demi satu syarikat MLM kepunyaan orang Melayu muncul setelah melihat kejayaan yang dicapai oleh DCL yang seratus peratus kepunyaan Bumiputera, saya dan isteri malahan kami berjaya membina 18 anak syarikat lagi di bawah DCL.

GE: Apa rancangan Datuk dalam perniagaan MLM ini khususnya dengan DCL?

Datuk Stapa: Saya akan sebut ‘World is our destiny’. Dunia adalah matlamat saya. Saya sangat teruja, yakin dan benar-benar serius mahu membawa DCL ke seluruh dunia. Sebelas tahun lepas saya telah rancang, 3 fasa. Setiap fasa lima tahun. Sekarang fasa 3, saya mahu luaskan DCL ke pasaran global.

Tahun 2009, sekurang-kurangnya saya mahu masuk ke 7 atau 8 buah negara luar. Pun begitu saya tidak sesekali membiarkan pasaran domestik kerana ia umpama rebung dan akar. Buluh adalah negara global. Oleh itu saya akan terus memperkasakan pasaran domestik kerana saya mahu letakkan DCL antara yang terbaik di pasaran domestik. Bagi saya ini adalah perjuanga bangsa, agama dan negara.

GE: Apa nasihat Datuk kepada ahli dan mereka yang belum lagi menjadi ahli DCL?

Datuk Stapa: Dekatilah DCL, lihat dengan mata hati secara menyeluruh bukan hanya lihat atas dasar duit sebab bagi saya kalau fikir duit sahaja, kita akan miskin. Sebagai khalifah kita perlu memberi sumbangan kepada bangsa. Di DCL ini kita bukan hanya berniaga untuk mendapatkan duit semata. Maka itu kita wujudkan Yayasan DCL untuk tujuan kebajikan dan agama di mana duitnya diperolehi daripada Tabung Jihad DCL sebanyak 0.25 peratus. Kita juga ada menubuhkan Tabung Khairat Kematian, untuk kebajikan pejuang DCL dan Koperasi DCL Berhad untuk memperkasakan pendapatan bagi jangka masa panjang.

Sebagai orang Islam kita kena menang dunia dan menang akhirat. Di DCL, mekanisme perjuangan, sistem yang kita wujudkan, misi kita semuanya ke arah menang dunia, menang akhirat. Tiada apa yang boleh saya sumbangkan untuk bangsa, agama dan negara saya selain cara ini. Oleh itu marilah kita perkembangkan melalui satu sistem yang telah kita buktikan, marilah kita jadikan ianya satu realiti untuk kita sumbangkan kepada bangsa, agama dan negara.

No comments:

Post a Comment