Saturday, December 20, 2008

Review Isu Pertama Great Evo


Isu Pertama Great Evo(GE) telah diterbitkan pada Jun 2008 yang lalu. Dengan ketebalan lebih kurang 60 mukasurat, majalah ini memuatkan pelbagai cerita menarik individu yang bergelar usahawan. GE juga sedikit sebanyak berkongsi rahsia dengan pembaca bagaimana para usahawan ini mendaki puncak kejayaannya.

Bermuka depankan pengasas serta selaku Pengerusi KODANA BHD iaitu Dato' Elias bin Omar, GE mengompil serba sedikit rahsia kejayaan beliau sehingga tertubuhnya KODANA BHD yang kini berdiri megah di Pusat Perdagangan Ara Damansara. Disamping itu, GE juga mendedahkan rahsia bagaimana para usahawan dibawah platform KODANA ini begitu berjaya setelah menjalani beberapa kursus asas yang ditawarkan oleh pihak KODANA sendiri serta aktiviti-aktiviti lain yang mereka jalankan.

Tan Sri Dato' Elyas Omar, Tan Sri Abdul Aziz Abdul Rahman, Pn. Bibi Sharliza, En. Ridwan Rahim dan En. Rudy Talib adalah sebahagian dari para usahawan yang ceritanya kami muatkan untuk dikongsi. Warong Warisan Asli dan Pusat Pakar Dialisis Traktif adalah contoh perniagaan yang para usahawan ini jalankan. Selebriti Fahrin juga tidak ketinggalan untuk berkongsi pengalamannya berkecimpung didalam dunia keusahawan ini.

Rata-rata, sambutan serta ilmu yang kami ingin kongsikan ini mendapat sambutan baik dari pelbagai pihak. Langkah seterusnya, kami sudah pasti akan menyediakan pelbagai rahsia menarik untuk dikongsi bersama demi memajukan bidang keusahawanan negara kita.

Kepada semua usahawan, kami ucapkan Selamat Berjaya!!

No comments:

Post a Comment